.Ketika berumur 2 bulan,ibu bancuhkan kita susu, namun kita mengucapkan terima kasih dengan menumpahkannya ke lantai.
Ketika berumur 1 tahun, ibu belikan kita permainan baru, namun kita mengucapkan terima kasih dengan merosakkannya.
Ketika berumur 2 tahun, ibu belikan kita baju baru, namun kita mengucapkan terima kasih dengan mengoyakkan baju itu.
Ketika berumur 5 tahun, ibu belikan kita pensil warna, namun kita mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding rumah.
Ketika berumur 7 tahun, ibu masukkan kita ke sekolah, namun kita mengucapkan terima kasih dengan menangis tidak mahu ke sekolah.
Ketika kita berumur 13 tahun, ibu masukkan kita ke sekolah menengah, namun kita mengucapkan terima kasih dengan ponteng ke sekolah.
Ketika kita berumur 17 tahun, ibu hantar kita ke sekolah untuk menduduki SPM, namun kita mengucapkan terima kasih dengan meraikan kejayaannya dengan rakan-rakan.
Ketika kita berumur 19 tahun kita dibayar yuran oleh ibu untuk ke universiti, namun kita mengucapkan terima kasih dengan tidak menghubungi ibu.
Ketika berumur 25 tahun, ibu bersusah payah mencari kerja unutk kita, namun kita mengucapkan terima kasih dengan tidak memberikannya wang belanja.
Ketika berumur 28 tahun, ibu mencarikan kita pasangan hidup, namun kita mengucapkan terima kasih dengan tidak pulang ke desa melawatnya.
Ketika berumur 29 tahun, ibu memberikan nasihat penjagaan anak yang baru lahir, namun kita mengucapkan terima kasih dengan mengatakan bahawa itu cara kuno.
Mungkin kini kita perlu sedar bahawa telah terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu untuk kita, namun adakah kita menghargai segala pengorbanan yang telah DIA lakukan..
Dikesempatan ini anon mengucapkan:
SELAMAT HARI IBU MAK
ASMAH BINTI LOPE
1 comment:
Selamat hri Ibu .. :)
Post a Comment