Assalamualaikum...Bagi entry simple kali ni aku nak bagi dua story untuk renungan simple dimple kekite semua aje...
1. Alkisah ada seorang ustazah ni jatuh sakit.pada suatu malam yang hening dengan tiupan manja angin-angin sepoi bahasa, ustazah ni bermimpi.dia bermimpi bahawa selama dia hidup dan selama dia bersujud aka solat kepada Allah hanya 3 solatnya sahaja yang diterima Allah...
____________________________________________________________________Renungan yang kedua pulak..
2. Pada zaman dahulu kala, apabila azan diperkenalkan, bilal orang yang pertama dan senantiasa melaungkan azan..sehinggalah satu hari ni ada seorang insan yang terlintas dalam benak hatinya bahawa'kenapa tidak aku dipilih untuk melaungkan azan sedangkan suaraku lebih lunak jika dibandingkan dengan bilal'.maka pada suatu hari, dia meminta izin untuk diberi keizinan bagi melaungkan azan lantas meng'azan'lah dia.selepas seketika lama, turun malaikat bertemu Rasullullah dan bertanya:
Malaikat: Ya Rasullullah, tidakkah umatmu menunaikan solat pada hari ini.
Rasullullah: Solat. mengapa???
Malaikat: Mengapa tidak kedengaran laungan azan dari tempatku...
____________________________________________________________________Lantas kesimpulan simple yang kite dapat dari sini:
1. Berusahalah menunaikan solat dengan sempurna dan jangan main-main..cuba bayangkan, sedangkan seorang ustazah pun begitu, kita pula macam mana...
2. Sebenarnya dalam setiap benda yang kita lakukan perlulah ikhlas agar kita dapat imbuhannya.namun jika dilakukan dengan riak atau bangga diri maka kita takkan dapat apa-apa..
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warohmatullah hi taala wabarokaaatu...
No comments:
Post a Comment