Friday, March 18, 2011

Inilah kisah sedihku...

-ini contestku yg pertama-
Semuanya Kerana Shiro

Malam semakin gelap dan disinari dengan cahaya bintang dan bulan. Suasana yang sebentar tadi riuh dengan segala kekecohan sekelip mata berubah menjadi sunyi tanpa sebarang bicara lagi. aku yang masih terjaga bergerak pantas menuju ke bilik air sebelum memanjakan mata yang telahpun kuyu mendambarkan tilam dan bantal...

Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara ibuku memanggilku, "anon, nanti tolong simpankan shiro masuk balik dalam sangkar ye.." kata ibuku. Aku yang dalam keadaan begitu mengantuk segera mengambil shiro dan meletakkannya di dalam sangkarnya di luar rumah...

Sejurus aku meletakkan shiro di dalam sangkarnya, ia terus melentok dan dia kelihatan begitu comel dan manja...aku yang dalam keadaan separa sedar terus bermonolog dalaman "shiro, shiro..tak pernah sblm nie mak aku nak bela binatang yang tak boleh dimakan especially kucing macam kau nie."Aku yang masih bermonolog sendiri seraya bangun dan terus kembali ke dalam rumah...

Keesokannya, "anon shiro mane??" jerit apakku...lantas aku menjawab "adelah dalam sangkar die tue"..."takde pown" emakku menjawab ringkas."ape, takde.alamak aku tak tutup pintu sangkar dia semalam", aku menjadi gelaban.seluruh isi rumahku menjadi gelabah.

Kami puas mencari serata rumah namun kelibat shiro langsung tidak kelihatan...tiba-tiba, "semalam mak dengar ade bunyi anjing,agak nyer dah kene makan anjing kowt", kata emakku dalam nada yang agak serak..matanya merah.begitu jugak dengan mata apakku, adikku, kakakku dan juga aku.

Kami duduk termenung di atas buaian besi memikirkan mengenai kemesraan dan keseronokan kehadiran shiro dalam keluarga kami...mata kami semuanya merah menahan daripada air mata menitis keluar...we miss u shiro...

p/s: mungkin agak sukar untuk difahami jalan cerita ini kerana telah disinkatkan sesingkatnya.. namun sememangnya kesedihan, titisan air mata sememang tidak mungkin dapat dilupakan... mungkin kadang-kadang terlalu sukar untuk kite lepaskan sesuatu benda yang kita sayang..namun mungkin segalanya ade hikmat...

aku tag: haiza dan iqbal

2 comments:

A.R.Y said...

thnkz join... mnrik cite...

unknownsolleh said...

hahahahah... trima kasih...