Saturday, March 26, 2011

::Aku Dan Ustaz Amirul::


Oklah entry kali nie sesaje jer aku memblogkan lepas tengok citer ustaz amirul...family aku yang watch semua rase lucu-lucu-lucah jer sebab asyik-asyik ade ucapan murni...ha3x..rase macam lucu jer ayat-ayat nyer...so hari nie sebab dah pakai jubah macam ustaz amirul aku pown nak larh jugak tulis a few phrases yang amazing buat candidates spm 2010...

Mengingati masa lalu dan menghadirkannya kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang kita untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi kita yang mempunyai akal, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Dengan demikian tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan berulang lagi.

Janganlah kita terus hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Dengan kembali ke masa lalu, bererti kamu akan merasakan kembali keresahan, merosakkan suasana sekarang dan mensia-siakan perjuangan yang selam ini sudah dilakukan.

Kesimpulannya, kita sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah kita ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan yang telah terjadi.

Sesungguhnya Allah tahu ape yang terbaik untuk kita. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Janganlah beranggapan bahawa jika kita gagal pada hari ini makanya kita akan gagal selamanya. Bill gate dah berkata:

"I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is
an engineer in Microsoft and i am the owner of Microsoft"

Special dedication to Azie Azyanti and friends...xoxo

No comments: