Wednesday, February 17, 2010

AKU SEMAKIN DEWASA

hari berganti hari
minggu silih berganti
bulan berselang bulan
tahun terus berjalan
masa yang terus berjalan menyebabkan diri ini semakin dewasa ditelan zaman. dulu kulit yang seputih kapas telah berubah secoklat milo, tubuh yang seramping lidi telah menjadi balak, pipi yang berih dan suci menjadi bulan purnama yang indah dari pandangan kasar. namun ini masa masih tidak mampu mengubah hati yang tulus dan iklas selamanya...

SEJARAH DI HARI JADI

0630
aku sedar daripada lamunan mimpi indah bersama pampers dan terus menadah tangan mengambil air solat di bibir paip di dalam bilik air untuk menuju Allah dalam menunaikan solat subuh berjemaah bersama bonda, kakanda dan abanda yang dicintai. berimamkan aku kami selesai menunaikan kewajipan dan aku pohon kepadamu illahi untk memanjangkan usiaku, memurahkan rezekiku, menenangkan hatiku, dan mempercepatkan jodoh abang, kakak serta diriku. kemudian aku terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah.
0730
sekali lagi tidurku terganggu. aku dikejutkan semula untuk ke ruang santapan bagi makan pagi. apakku yang sekembalinya dari surau terus menuju ke warung berdekatan balai bomba teluk intan untuk membeli nasi lemak.rasanya yang lazat membuatkan aku seperti berada di syurga dunia...hiperbolalah pulak...
0817
setelah mengisi air masak untuk apak, abg baya, abg mael dan apak membonceng motosikal ke kebun mak untuk menebas. aku bonda dan akak pula memulakan ops membersih sekitar rumah. kitorang membersihkan taman astakona yang telah dipenuhi daun-daun kering yang berguguran seperti di kala musim luruh di USA... selepas itu aku dan akak berusaha mengeluarkan segala tahi-tahi longkang yang mengganggu pengaliran. tiba-tiba cik rose datang untuk meminjam basikal dan membayar sewa.
cik rose kata"baru sebulan tak bayar kan, jadi seratus je la kan??"
emak jawab"eh bukan dua ratus ke sebab dua bulan dah tak bayar"
cik rose pun tergelak besor dibuatnyer.
geli hati kalau terdengar...
1454
aku, abg mael dan akak pegi ke MPTI untuk membeli barang dan makanan. kitorang pegi ke rapid mall giant untuk shopping, yg pegi ke Secret recipe dekat bandar baru, kononnye nak beli kek hari jadi tapi alangkah terkezut nyer kitorang melihat harganye yang memukau mencecah rm90 dan yang paling murah pun rm70. jadi kitorang pun keluar laju lah dari kedai tu. kitorang cube cari kat happy angle pulak. tengah syok cari tibe tibe kitorang nampak kat situ ade jual HAM BREAD. kalau itu kemahiran bahasa english kitorang ham tu daging babi??? so cancel. fuhhhh... dugaan cari kek hari jadi...tibe-tibe kereta jadi panas sebab tak cukup air, so kitorang terus berhnti kat masjid india muslim teluk intan untuk memberi kereta minum...Ya Allah begitu berat dugaanmu untukku mencari kek kelahiranku yang ke 17...tibe-tibe teringat pulak tempat beli kek kawin abg baim kat tepi sungai. jadi kitorang pun ke sana tapi dah tukar orang dan name kedai nyer FIVE STAR pastriess. kitorang pun masuk dan ade nampak cop halal besar kat pintu masuk. dengan yakin kitorang pun mintak la keksetengah kilo perisa oren span. abg mael dengan tak segannyer mintak kakak tukang kedai tu rase kek oren dia dan rasenyer boleh tahan. kitorang pun decide nak beli kek chocolate butter yang diminta tambah coklet rise di atas dengan harga rm2400 cash dan abg mael sponser rm10 dan aku keluar rm14. alhamdulillah akhirnya jumpe jugak. so kitorang pun terus balik rumah sebab tak sembahyang asar lagi... astagfirullah hal azim
2230
kitorang satu family yang ade kat rumah kumpul kat dapor untuk memulakan majlis. apak membuka majlis dengan membaca doa selamat agar aku dimurahkan ezeki, panjang umur dan berjaya dalam hidup...amin... pastu aku pun potong kek dan kitorang pun makan dengan penuh selera.


18021993

No comments: