Friday, February 12, 2010

BILA LIMAU KASTURI MENGUNING KEMBALI

kalau melayu hari raya, kalau india deepavali kalau cina tahun baru cina.jadi, sebab nak sahut aspirasi gagasan 1 malaysia, ucapan GONG XI FA CHAI untuk semua masyarakat cina.

menurut sejarah, tahun baru china disambut mengikut kalendar qamari yang melambangkan permulaan hidup baru. di saat ini anggota keluarga mereka akan berkumpul dan menyelesaikan hutang-piutang sesama mereka agar tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. tahun baharu cina turut diraikan dengan jamuan makan seperti yee sang dan kuih bakul.tahun baru cina akan ditamatkan setelah 15 hari sambutan dengan perayaan CAP GOH MEH.

sambutan tahun baru china turut disambut oleh masyarakat korea, vietnam, mongol dan miau yang dipengaruhi dengan agama dan kepercayaan orang cina .



amalan tahun baru china:

ANG PAU
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

PASAR TAHUN BARU
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

BUNGA API

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.


View Image




No comments: