Blog entry kali ini sebenarnyer takde idea pun nak tulis ape tapi nak bagitaw buat semua pembaca tentang musim durian yang sedang menimpa diriku ini...kerana kehadiran musim durian aku bangun seawal 5.oo pagi sampai tak sempat ayam jantan cik piah nak berkokok..untuk ape..untuk pergi ke kebun lah mengutip durian..pastu terus sambung jual durian pulak dekat simpang depan lorong.memang pengalaman giler ahh..seronok..selonggok rm10 atau maybe boleh jadi rm20..walaupun hargenyer mahal ia tetap menjadi kegemaran masyarakat desaku..memang letih..
Habis jual pergi lagi tengok durian kat kebun dari pukul 9.00 gitu sampe waktu lunch...memang pengalaman lah sebenarnya alkisah nyer kerana kewujudan pencuri yang tak sedar diri kerana tak habis habis nak mencuri durian orang .dasar tak tahu malu..pencuri nie memang professional giler ahh...sebab tak pernah lagi tertangkap..ha3x.aku rase diorang nak cari duit makan untuk bagi anak minum susu kat rumah..namun malangnya duit haram.kesian mereka...petang pulak pukul 3.30 dah pergi kebun lagi tengok durian sampe pukul 7.00 petang..aduh letih..tapi tak mengape kerana inilah sumber rezekiku....
So buat teman teman dan member member yang teringin untuk memcicipi keenakan durian yang fresh dikutip dari ladang boleh lah merancang janji makan dengan aku untuk pergi kutip dan makan durian dari ladang durian milikku...tapi the early birds alwayas get more lah sebab musim durian kini dah berada di peringkat final wave.....
No comments:
Post a Comment