Friday, June 18, 2010

tANgisan puLanG seKolaH

tangisan ini bukan tangisan luar biasa, bukan sebab putus cinta, bukan sebab kematian sesiapa, tapi sebab cuti dan habis rupanya. its time to school. pilu tambak sebak dicurah cuke dan garam.pedih rase nyer tak terkira..aduh..sakitnya.. terlalu pilu untuk pulang ke sekolah sebab 2 minggu rase nyer macam 2 hari sahaje. tuptaptuptap dah abis... kerje sekolah pun tak sempat siap. aduhh!! sakit nyer. macam mane nie??? kondisi mak pun nampak kesian untuk ditinggalkan. aduhh!! semakin sakit otak nie bile fikirkan masalah yang terlalu meruncing nie...

panahan petir pun tak sesakit hati ini..aduhh!! sakit nyer semakin parah... asyik sakit je.hahaha...bile hati tengah bergelora macam nie, kemas beg pun dah tak larat. tapi apakan daya insan yang kacak nie terpaksalah jugak mengemas beg untuk pulang...cuti yang hanya sekangkang kera itu dah pun habis...kenelah sambung belajar.aduhh!!! sekali lagi sakitnya...

5 Jun 2010 - 20 Jun 2010
bersamaan
22 Jamadilakhir 1431 - 7 Rejab 1431

hanya itu sahaja waktu cuti yang ade...16 hari 17 malam...mana cukup untuk seorang anak berdamping kasih dengan bonda dan ayahandanya, menyiapkan tugasan assigment dan banyak lagi.sedih lagi hati ini..aduh!!! pedihnye..kesakitan, kepedihan, penderitaan, kepiluan, kesebakan, yang melampau rasenyer di hati ini...tolonglah hambamu ini ya Allah...

"sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagiaan dunia) ,maka hendaklah dia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat(kebahagiaan akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu, Dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya maka ia pun harus berilmu."
(hadis)

"sebaik baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu ilmu, kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara islamnya"
(riwayat Ibnu Majah)

Mas'ab bin Zubir berkata:
"Belajarlah, kerana dengan belajar itu, kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan. Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta."
(hadis)

sekarang barulah aku sedar bahawa menuntut ilmu itu amatlah penting bagi aku yang kacak ini untuk mencapai cita citaku.benar kata pepatah inggeris "when we want something, we need to sacrifice something".so aku akan belajar bersungguh sungguh..doakan ekk...

STRAIGHT A+ SPM 2010

HI STORY TIME

"kerana masalah yang menimpa diriku yang kacak ini, kepintaran ICT yang aku ade terpaksa diluahkan untuk menyiapkan perbentangan sejarah nie. telefon afif die tak angkat angkat...malas lah tue. telefon shamsul lagi lah terus tak taw nak buat dier kate... huhuhu.... terpakselah jugak aku cube..sebenarnyer dyer macam nie, komputer aku baru kene format balik atas alasan yang disulitkan. so takde papelah termasuk microsoft untuk wat presentation tue. so aku pun cubelah buat ikthiar camnie harap harap diterima oleh cikgu man... "










SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, June 14, 2010

selamatkan GAZA

kemerahan warna tulisan ini tidak cukup untuk menunjukkan segala pertumpahan darah merah di gaza.ketika kita dibuai mimpi terleka dengan segala hiburan duniawi, umat islam di GAZA bersabung nyawa untuk mempertahankan bumi islam daripada taklukan rejim zionis. masyarakat manusia di serata dunia tidak pernah mendengar tangisan hati kecil seorang ibu yang kehilangan anak kecil daripada dakapan, jeritan seorang anak muda yang sedang syahid di jalan Allah. penat, lelah, tidur sudah tidak ada lagi dalam kamus kehidupan mereka kerana rasa cinta dan sayang serta semangat untuk mempertahankan negara bangsa mereka daripada ditawan oleh rejim zionis. mungkin dikala kita mencicipi keenakan strawberi, mereka hanya mampu untuk menjamah sesuap nasi.namun adakah kita masih bersyukur sebagaimana mereka bersyukur terhadap Ilahi...
penderitaan, keperitan, kesusahan telah menjadi asam garam kehidupan mereka... bunyi bom telah menjadi sahabat karib mereka, kereta kebal bertaburan di jalan raya melepaskan das das tembakan ke arah insan yang tidak berdosa. namun apa yang mereka mampu lakukan, hanya melontar batu jalanan ke arah kereta kebal tersebut. nyawa terasa seperti di hujung tanduk apabila diacu denan senapang di depan mata...anak-anak yang tidak berdosa dibunuh dihadapan mata ibunya tanpa rasa bersalah atau berdosa. tangisan seorang bapa melihat keadaan anaknya yang telahpun berada di hujung usia walaupun masih muda. zaman remaja bukan lagi untuk bersuka ria namun hanya untuk berjihad di jalan Allah. sedih hati kecil ini melihat kekejaman manusia akhir zaman ini. manusia ibarat binatang yang sudah tidak ada lagi belas insan kepada manusia lain.

kini ayuhlah kita sama-sama doakan supaya kesejahteraan, kemerdekaan mampu dicapai buat bumi Gaza. bantuan material, kewangan, makanan, mahupun senjata memang amat diperlukan oleh rakyat palestine namun ianya tidak akan berkekalan selama-lamanya tetapi doa yang berterusan daripada semua umat islam akan berkekalan untuk selama-lamanya.

"sesungguhnya muslim dengan seorang muslim yang lain itu adalah bersaudara"
dan
"sesungguhnya mukmin itu seperti satu binaan yang saling bergantung antara sebahagian dengan sebahagian yang lain"

"YA ALLAH KAU BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA SELURUH MUKMIN YANG BERJUANG MEMPERTEGAKKAN SYIAR ISLAMMU DI BUMI GAZA. KAU BANTULAH MEREKA MENENTEANG SEGALA KAZALIMAN ZIONIS YA ALLAH. BERIKANLAH KEMERDEKAAN KEPADA MEREKA YA ALLAH. KABULKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH...AMIN AMIN YARABBALALAMIN."

SAVE GAZA AND ISLAM FOREVER
nukilan oleh,
unknownsolleh

Saturday, June 12, 2010

eraTKan HubuNGAN Dengan TEknologi

aku semakin hari semakin maju dan mula dikenali ramai. semua kelengkapan internet untuk perhubungan kepada diriku yang glamour nie terpaksa dipublishkan untuk pengetahuan umum. almaklumlah insan popular lah katekan. pelbagai ranjau onak dan duri dilalui untuk menghalang kepopularan ini terus tersebar tetapi tak termampu sebab diri ini sudah terlalu famous di mata dunia. kemudahan perhubungantelahpun dicerobohi aku. aku semakin dikenali dengan facebook, blog, yahoo messangger, e-mail, dll.

jadik kepada semua yang mahu menenali aku dengan lebih dalam bolehlah meng add aku di mana mana sesawang supaya kita bisa berbicara. dan kalau nak ikut perkembangan hidupku yang fana ini lihatlah laman blogku yang agak tidak gersang.
  • FACEBOOK : kidz_knight@yahoo.com
  • BLOG : http://unknownsolleh.blogspot.com
  • YM : shahnon.salleh@yahoo.com
  • E-MAIL : kidz_knight@yahoo.com / shahnon.salleh@yahoo.com