Monday, June 14, 2010

selamatkan GAZA

kemerahan warna tulisan ini tidak cukup untuk menunjukkan segala pertumpahan darah merah di gaza.ketika kita dibuai mimpi terleka dengan segala hiburan duniawi, umat islam di GAZA bersabung nyawa untuk mempertahankan bumi islam daripada taklukan rejim zionis. masyarakat manusia di serata dunia tidak pernah mendengar tangisan hati kecil seorang ibu yang kehilangan anak kecil daripada dakapan, jeritan seorang anak muda yang sedang syahid di jalan Allah. penat, lelah, tidur sudah tidak ada lagi dalam kamus kehidupan mereka kerana rasa cinta dan sayang serta semangat untuk mempertahankan negara bangsa mereka daripada ditawan oleh rejim zionis. mungkin dikala kita mencicipi keenakan strawberi, mereka hanya mampu untuk menjamah sesuap nasi.namun adakah kita masih bersyukur sebagaimana mereka bersyukur terhadap Ilahi...
penderitaan, keperitan, kesusahan telah menjadi asam garam kehidupan mereka... bunyi bom telah menjadi sahabat karib mereka, kereta kebal bertaburan di jalan raya melepaskan das das tembakan ke arah insan yang tidak berdosa. namun apa yang mereka mampu lakukan, hanya melontar batu jalanan ke arah kereta kebal tersebut. nyawa terasa seperti di hujung tanduk apabila diacu denan senapang di depan mata...anak-anak yang tidak berdosa dibunuh dihadapan mata ibunya tanpa rasa bersalah atau berdosa. tangisan seorang bapa melihat keadaan anaknya yang telahpun berada di hujung usia walaupun masih muda. zaman remaja bukan lagi untuk bersuka ria namun hanya untuk berjihad di jalan Allah. sedih hati kecil ini melihat kekejaman manusia akhir zaman ini. manusia ibarat binatang yang sudah tidak ada lagi belas insan kepada manusia lain.

kini ayuhlah kita sama-sama doakan supaya kesejahteraan, kemerdekaan mampu dicapai buat bumi Gaza. bantuan material, kewangan, makanan, mahupun senjata memang amat diperlukan oleh rakyat palestine namun ianya tidak akan berkekalan selama-lamanya tetapi doa yang berterusan daripada semua umat islam akan berkekalan untuk selama-lamanya.

"sesungguhnya muslim dengan seorang muslim yang lain itu adalah bersaudara"
dan
"sesungguhnya mukmin itu seperti satu binaan yang saling bergantung antara sebahagian dengan sebahagian yang lain"

"YA ALLAH KAU BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA SELURUH MUKMIN YANG BERJUANG MEMPERTEGAKKAN SYIAR ISLAMMU DI BUMI GAZA. KAU BANTULAH MEREKA MENENTEANG SEGALA KAZALIMAN ZIONIS YA ALLAH. BERIKANLAH KEMERDEKAAN KEPADA MEREKA YA ALLAH. KABULKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH...AMIN AMIN YARABBALALAMIN."

SAVE GAZA AND ISLAM FOREVER
nukilan oleh,
unknownsolleh

No comments: