Sunday, June 20, 2010

saLAm HAri baPa

SELAMAT HARI BAPA

20 JUN 2010

SALLEH BIN MT HASHIM


seorang apak yang berdedikasi dan amat aku cintai...kekacakannya, kegigihannya, kesabarannya..........memang tidak dapat aku ganti dengan wang ringgit walaupun selaut lautan biru... jasanya begitu besar dalam mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya dalam dunia ini...

aku sayang APAK

Saturday, June 19, 2010

PORT KOOP YANG BARU

kak yo yang baru pulang dari Pulau Pinang berasa teruja dengan cerita abg mael tentang keseronokan jalan paku iaitu port baru koop yang telah didiscover oleh abg mael. sebenarnyer aku pun belum lagi sampai ke situ...jadi hati kecil ini terasa berbunga jugak lah untuk pergi sebab akak kate menarik sangat.. tapi kekadang indah kabar dari rupa.


so kitorang pun prepare lah untuk berangkat dengan bihoon special + udang dengan air sirap manis... peeh terangkat kowt...perjalanan yang begitu mengujakan hati itu bermula jam 10.00 pagi waktu malaysia selepas dah habis kemas rumah dan memasak.kira kira 45 minit perjalanan akhirnya kitorang pun sampai ke air terjun jalan paku bidor nie...


sesampai nyer kitorang pun terus koop dengan seronoknya. wow airnya sejuk betul sampai terasa beku dekat hujung jari...itu kate aus...hahaha...seronok sungguh..farisya kelihatan menggigil kesejukan sebab airnyer terlalu cold...aku pun tanpa berlengah menunjukkan kebolehan sedia ada dalam diri ini...aku berenang dengan bebasnya di dalam air yang begitu tenang dan permai itu...

kitorang semua bergembira menikmati keindahan panorama jalaan paku nie. farhan dan fauzan begitu asyik bermandi manda di tepian seperti anak keli pulang ke lubuk.tetiba ade pulak seorang mat asli seksi nie datang berenang kat tempat kitorang..mesra betul orang asli tue...siap masih percik-percik air lagi...kekadang stress jugak dengan orang asli tue sebab beria bebenor.dah lah orang tak kenal... last-last bile die kene tegor dengan kak yo terus die pergi mengikut arah air...

sedang enjoy berkubang, kasut akak hanyut di bawa arus...ketika akak nak pergi amik balik kasut tue die kene marah dengan abang baya dan bile naik balik mukenye nampak ade senyum menahan malu didepan abg azhar...huhuhuhu...

kerana terlalu enjoy kitorang mandi sampai pukul 1.00 tgh hari..tak perasan sebab air sejuk dan matahari tak terik so ingat baru pukul 11.00 pagi...bile ajak balik paan dgn fauzan tak nak keluar dari air..farhan menjalankan banyak usaha untuk kekal di dalam air...contohnya "mak bior paan basuhkan pinggan", "mak paan nak basuh kaki"...luu rasenye tengok paan waktu tue...

jadi dengan penemuan port baru untuk koop ini, kitorang pun namakan tempat ini:

AIR TERJUN
JALAN PAKU BIDOR

Friday, June 18, 2010

tANgisan puLanG seKolaH

tangisan ini bukan tangisan luar biasa, bukan sebab putus cinta, bukan sebab kematian sesiapa, tapi sebab cuti dan habis rupanya. its time to school. pilu tambak sebak dicurah cuke dan garam.pedih rase nyer tak terkira..aduh..sakitnya.. terlalu pilu untuk pulang ke sekolah sebab 2 minggu rase nyer macam 2 hari sahaje. tuptaptuptap dah abis... kerje sekolah pun tak sempat siap. aduhh!! sakit nyer. macam mane nie??? kondisi mak pun nampak kesian untuk ditinggalkan. aduhh!! semakin sakit otak nie bile fikirkan masalah yang terlalu meruncing nie...

panahan petir pun tak sesakit hati ini..aduhh!! sakit nyer semakin parah... asyik sakit je.hahaha...bile hati tengah bergelora macam nie, kemas beg pun dah tak larat. tapi apakan daya insan yang kacak nie terpaksalah jugak mengemas beg untuk pulang...cuti yang hanya sekangkang kera itu dah pun habis...kenelah sambung belajar.aduhh!!! sekali lagi sakitnya...

5 Jun 2010 - 20 Jun 2010
bersamaan
22 Jamadilakhir 1431 - 7 Rejab 1431

hanya itu sahaja waktu cuti yang ade...16 hari 17 malam...mana cukup untuk seorang anak berdamping kasih dengan bonda dan ayahandanya, menyiapkan tugasan assigment dan banyak lagi.sedih lagi hati ini..aduh!!! pedihnye..kesakitan, kepedihan, penderitaan, kepiluan, kesebakan, yang melampau rasenyer di hati ini...tolonglah hambamu ini ya Allah...

"sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagiaan dunia) ,maka hendaklah dia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat(kebahagiaan akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu, Dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya maka ia pun harus berilmu."
(hadis)

"sebaik baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu ilmu, kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara islamnya"
(riwayat Ibnu Majah)

Mas'ab bin Zubir berkata:
"Belajarlah, kerana dengan belajar itu, kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan. Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta."
(hadis)

sekarang barulah aku sedar bahawa menuntut ilmu itu amatlah penting bagi aku yang kacak ini untuk mencapai cita citaku.benar kata pepatah inggeris "when we want something, we need to sacrifice something".so aku akan belajar bersungguh sungguh..doakan ekk...

STRAIGHT A+ SPM 2010

HI STORY TIME

"kerana masalah yang menimpa diriku yang kacak ini, kepintaran ICT yang aku ade terpaksa diluahkan untuk menyiapkan perbentangan sejarah nie. telefon afif die tak angkat angkat...malas lah tue. telefon shamsul lagi lah terus tak taw nak buat dier kate... huhuhu.... terpakselah jugak aku cube..sebenarnyer dyer macam nie, komputer aku baru kene format balik atas alasan yang disulitkan. so takde papelah termasuk microsoft untuk wat presentation tue. so aku pun cubelah buat ikthiar camnie harap harap diterima oleh cikgu man... "










SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, June 14, 2010

selamatkan GAZA

kemerahan warna tulisan ini tidak cukup untuk menunjukkan segala pertumpahan darah merah di gaza.ketika kita dibuai mimpi terleka dengan segala hiburan duniawi, umat islam di GAZA bersabung nyawa untuk mempertahankan bumi islam daripada taklukan rejim zionis. masyarakat manusia di serata dunia tidak pernah mendengar tangisan hati kecil seorang ibu yang kehilangan anak kecil daripada dakapan, jeritan seorang anak muda yang sedang syahid di jalan Allah. penat, lelah, tidur sudah tidak ada lagi dalam kamus kehidupan mereka kerana rasa cinta dan sayang serta semangat untuk mempertahankan negara bangsa mereka daripada ditawan oleh rejim zionis. mungkin dikala kita mencicipi keenakan strawberi, mereka hanya mampu untuk menjamah sesuap nasi.namun adakah kita masih bersyukur sebagaimana mereka bersyukur terhadap Ilahi...
penderitaan, keperitan, kesusahan telah menjadi asam garam kehidupan mereka... bunyi bom telah menjadi sahabat karib mereka, kereta kebal bertaburan di jalan raya melepaskan das das tembakan ke arah insan yang tidak berdosa. namun apa yang mereka mampu lakukan, hanya melontar batu jalanan ke arah kereta kebal tersebut. nyawa terasa seperti di hujung tanduk apabila diacu denan senapang di depan mata...anak-anak yang tidak berdosa dibunuh dihadapan mata ibunya tanpa rasa bersalah atau berdosa. tangisan seorang bapa melihat keadaan anaknya yang telahpun berada di hujung usia walaupun masih muda. zaman remaja bukan lagi untuk bersuka ria namun hanya untuk berjihad di jalan Allah. sedih hati kecil ini melihat kekejaman manusia akhir zaman ini. manusia ibarat binatang yang sudah tidak ada lagi belas insan kepada manusia lain.

kini ayuhlah kita sama-sama doakan supaya kesejahteraan, kemerdekaan mampu dicapai buat bumi Gaza. bantuan material, kewangan, makanan, mahupun senjata memang amat diperlukan oleh rakyat palestine namun ianya tidak akan berkekalan selama-lamanya tetapi doa yang berterusan daripada semua umat islam akan berkekalan untuk selama-lamanya.

"sesungguhnya muslim dengan seorang muslim yang lain itu adalah bersaudara"
dan
"sesungguhnya mukmin itu seperti satu binaan yang saling bergantung antara sebahagian dengan sebahagian yang lain"

"YA ALLAH KAU BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA SELURUH MUKMIN YANG BERJUANG MEMPERTEGAKKAN SYIAR ISLAMMU DI BUMI GAZA. KAU BANTULAH MEREKA MENENTEANG SEGALA KAZALIMAN ZIONIS YA ALLAH. BERIKANLAH KEMERDEKAAN KEPADA MEREKA YA ALLAH. KABULKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH...AMIN AMIN YARABBALALAMIN."

SAVE GAZA AND ISLAM FOREVER
nukilan oleh,
unknownsolleh

Saturday, June 12, 2010

eraTKan HubuNGAN Dengan TEknologi

aku semakin hari semakin maju dan mula dikenali ramai. semua kelengkapan internet untuk perhubungan kepada diriku yang glamour nie terpaksa dipublishkan untuk pengetahuan umum. almaklumlah insan popular lah katekan. pelbagai ranjau onak dan duri dilalui untuk menghalang kepopularan ini terus tersebar tetapi tak termampu sebab diri ini sudah terlalu famous di mata dunia. kemudahan perhubungantelahpun dicerobohi aku. aku semakin dikenali dengan facebook, blog, yahoo messangger, e-mail, dll.

jadik kepada semua yang mahu menenali aku dengan lebih dalam bolehlah meng add aku di mana mana sesawang supaya kita bisa berbicara. dan kalau nak ikut perkembangan hidupku yang fana ini lihatlah laman blogku yang agak tidak gersang.
  • FACEBOOK : kidz_knight@yahoo.com
  • BLOG : http://unknownsolleh.blogspot.com
  • YM : shahnon.salleh@yahoo.com
  • E-MAIL : kidz_knight@yahoo.com / shahnon.salleh@yahoo.com

Semangat N.I.L.A.M

dalam mengisi kekosongan cuti penggal ini, A4 dan lain lain telah bersekongkol untuk membeli buku cerita... duit dikongsi bersama untuk membeli buku kisah robert pattison atau edward collin kegilaan akak.sungguh hati kecil akak terasa excited tak terkawal bila dapat semua buku pasal lelaki idamannya tue robert pattison or jacobs.


TWILIGHT NEW MOON ECLIPSE BREAKING DAWN

masa tue semua orang nampak excited tengok buku tu tapi semua terkejut sampe terkebil kebil bile tengok harga. sebuah buku puratanya rm43.00 dan apabila ditotalkan rm 171.20. setelah dibahagi untuk bayaran setiap sorang harganya rm 14.50. aus kata"ini baru bahagi 12, dah rm 14.50"
adik dengan pantas pun kata"adik tak tahu" pastu anon kata pulak dan aus pulak kata. waktu ni akak cuak kebebeh la sebab nak tanggung sorang mampuih dibuatnya.
hal ini menunjukkan akak memang suka membaca dan wajar dapat anugerah nilam. sekarang ni anak mak dan apak semua dah minat membaca.

Tuesday, June 8, 2010

SELAMAT HARI CEKGU

SELAMAT HARI CEKGU
16 MEI 2010
tanggal untuk guru guru di seluruh malaysia. so kitorang pun selaku form five yang bertanggung jawab la kan pun merencanakan satu majlis spesial buat guru. hari tu semua cekgu kitorang paksa pakai baju sekolah. so semua guru kelihatan seperti pelajar tua dan berumur.. huhuhu...
tapi aku takdelah banyak sangat buat sumbangan sebab orang tak perlukan. buat apelah perigi mencari timbe...
selepas cekgu berseronok dengan acara sukaneka, kitorang semua ke dewan dan sekarang
its show time...
aku ngan team choral aku yang ditubuhkan hanya 4 hari tue buatlah persembahan untuk kegembiraan guru...
so rase di hati nak wish semua cikgu yang pernah mengajar especially semua cikgu.....
cikgu ida, cikgu watie,
cikgu tuziee, cikgu anie, cikgu radzi,
cikgu wan, miss emma, ustaz zul,
ustaz salman, ustaz zol, cikgu man